Posts

Berjalan dan mengambil pengajaran!

Image
Bismillahirrahmanirrahim.... Alhamdulillah,akhirnya cuti sekolah yang lalu kami bertiga dapat juga pulang ke kampung menaiki bas,walaupun rancangan awalnya nak naik keretapi. Mengapa saya naik bas walaupun saya boleh memandu kereta balik kampung?Tengoklah keletah anak-anak saya.Sungguh mereka seronok,kali terakhir kami naik bas Mac tahun 2011. Mari tengok wajah gembira mereka...perjalanan dari Alor Setar ke Butterworth.Dewasa rm9.90 dan kanak-kanak rm6.90. Peace! Kakak duduk seat sorang...sangat berani. Cakkk....duduk kat tempat letak kaki plak Posing....dia dan kakak yang tak tidur. Berdiri plak dah.... Korek ape dik?? Perjalanan yang menambah pengalaman... Sebenarnya,musafir ini untuk menguji tahap kematangan Ahmad...Rupanya,Ummi tak sedar yang anak Ummi dah membesar.Baik dan 4Bintang untuk Ahmad yang takde la berlari dalam bas( perkara yang paling ditakuti oleh Ummi). Cuma nak dekat sampai tu,ade la tukar tempat duduk dengan Kakak. Goo...

Aktiviti Gunting dan tampal : Nuha vs Haseef

Image
Assalamualaikum Jom kita lihat apa Kakak dan Haseef buat? Tampalan Haseef Haseef buat bunga(comot,kan?)Tapi comel bagi Ummi ,sangat comel sebab adik mampu dah mengawal gunting dari meracik2 bunga tu..hehe Panduan disediakan... Tajuk Buku:saya dapatkan dari Aras Mega Online Tampalan Kakak..lebih kemas sbb kakak dah 7tahun. Kakak buat lori... Bunga Kakak pun cantik Aktiviti mmelukis pun ada Tampalan buah manggis

Jom main puzzle

Image
Assalamualaikum... Ini aktiviti pagi Ahad yang sangat seronok bersama Haseef.Puzzle ni dah berusia 5 tahun,dibeli semasa kakak berumur 2 tahun di Popular Alor Setar. Jadi,adalah beberapa keping yang hilang... Haseef memang minat sangat puzzle ni,jadi kalau dia main ni Ummi dan Kakak la yang jadi mangsa.Mesti tolong dia...huhu... Amat baik bagi mengisi masa anak-anak... Jom tengok Haseef main. Tema sayur-sayuran. Onion Khusyuknya dia... Dah siap satu...tp xcukup set bwg tu... Terung pun xcukup.... Haseef susah tidur kalau dia bermain.Kalau nak dia tidur senang je...bagi dia tengok tv@ipad...xsampai 5 minit tido la dia... Semoga mujahid Ummi membesar menjadi anak soleh..

Aktiviti PdP:Jom Buat Buku Cerita Bahasa Arab

Image
Buku cerita Bahasa Arab Assalamualaikum... JOm kita kreatifkan cara mengajar Bahasa Arab.Jemu juga kalau asyik guna kemahiran mendengar,membaca dan menulis.Kali ni kita gabungkan kesemua kemahiran. Biasanya aktiviti2 seperti ini saya buat bagi memantapkan lagi kemahiran anak murid saya,di samping menambah minat mereka mempelajari Bahasa Al-Quran. Lagi contoh Guru hanya perlu susah sikit je...sediakan gambar.Ini penting bagi memastikan tiada anak murid kita duduk saje( sbb dia xbawa gambar). And,infaqkan la riben bagi menarik minat murid.(utk binding buku) Mula2 gunting manila kad,menjadi 4keping.Lekat kan gambar.Ceritakanlah melalui gambar tersebut.Saya gunakan perkataan yang telah mereka pelajari. Hasilnya.............. Anak murid saya bersama hasil kerjanya. Jaurabun purple... Selamat Mencuba!

Nuha:Latihan membaca

Kakak sekarang dah Tahun 1.Maafkan Ummi sebab kadang-kadang rasa sibuk sangat kat tempat kerja sampai terabai anak sendiri. BUat ibu-ibu yang bekerja...janganlah sampai kita menjadi seperti "Kera di hutan disusukan,anak di rumah kelaparan.".. (tengah mood sedih sebab prestasi Iqra'anak yang tak berapa baik). Mengejar kerja yang tak habis-habis,keluar pagi balik petang.Sape yang kata cikgu banyak rehat ,angkat tangan!Sibuk sampai anak sendiri terabai tau...huhu! Saya bukan mengatakan anak murid saya kera ya...inilah indahnya bahasa.Orang yang tak reti bahasa memang susah nak faham. Semoga Kakak berjaya di dunia dan akhirat Sayang Kakak!!

Rindu

Image
Wan Said Rindu mak(tok yah dan maksu teh) Rindu ayah sangat2.... Sekarang Ummi,Kakak dan Ahmad  tengah buat countdown untuk balik kampung untuk cuiti sekolah.Dah jadi mak orang pun hati ni teringat-ingat mak dan ayah.Jangan sape-sape nak buat program sekolah masa cuti tau.I nak balik kampung terchenta di Padang Serai. Hajat di hati nak bawa anak-anak naik keretapi dari Arau ke Sungai Petani.Kalau jadi,ni lah kalli pertama Ahmad naik.Dulu,Nuha selalu Ummi bawa bersama naik keretapi,Ahmad pula Ummi xberapa confident...Lasaknya boleh tahan. Mak,ayah,awa(adik bongsu yg baju putih),muneq(baju pink adik ke-4),Pali(adik ipaq),Ket(adik ke-2baju putih).Gambar kenangan berkelah di Gertak Sanggul,Penang. Mak Uda yang kini di PASUM... Berada jauh dari ibu dan ayah.Hanya doa diutus agar kalian dilindungi Allah.

Haseef goreng cempedak!

Image
Chef menggodek tepung.Khusyuknya dia. Haseef anak yang rajin membantu Ummi di dapur.Kadang-kadang terlebih rajin.Biasalah anak-anak,memang berminat dengan kerja orang dewasa.Jadi saya pun bagilah peluang dia sikit. Petang-petang memang sedap makan cucuq cempedak.Cempedak ni mak mertua saya yang bagi dari kebun.Kalau di Perlis ni,harga cucur cempedak 4 ketul RM1.4ringgit pun Xcukup untuk kami sekeluarga. Mula-mula sediakan buahnya.Supaya getahnya tidak melekat pada pisau,elok disapu minyak masak pada pisau.Sementara itu,sediakan campuran tepung untuk menggoreng cucur. Chef kecil saya Maaflah gambaq cucurnya dah xsempat diambil.Sambil goreng terus makan. Makan panas-panas memanglah sedap.Alhamdulillah....