Posts

Showing posts with the label Anak-anakku

Cara buat layang-layang

Image
Assalamualaikum... Aktiviti saya dengan anak2 tersayang.Bukan bulan ramadan ye. Kenangan bersama mereka. Bahan2nya ....ini cara tradisi .guna apa yang ada. Suratkhabar dilipat 2 menjadi segiempat sama.Letakkan lidi di tengah.Satu lagi lidi letak secara melintang.Tebukkan lubang di tempat pertemuan lidi.SIAP!  Abi pun join anak2..... Ahmad dengan layang2 nya.. Kakak pun seronok lari2 hadapan rumah sewa kami. Anak-anak bahagia.Ummi dan Abi pun suke....

Allah mengasihi kita!!

Image
Bismillahirrahmanirrahim... 2 minggu ini usrah kita diuji dengan nikmat sakit...Allah sayang Ummi dan Abi,Allah sayang Kakak,Allah sayang adik. 2 minggu lepas kakak masuk KMC sebab dah seminggu sakit perut,tak selera makan.Dan kemuncaknya malam Khamis elok je Ummi nak tidur,kakak nangis teresak2.Ke tandas pun berjalan sambil bongkok2. Abi cepat2 bangun dan terus buat keputusan ke KMC.Besarnya pengorbanan Abi buat kita,kan Kakak?Petanda sakit Kakak macam apendix.Kita sampai dalam jam 1.30pagi. Kakak terus di "admit" ke wad.Esoknya buat check up dan pemeriksaan darah...Oh...hati Ummi berdebar2...bermacam2 perasaan yang berbaur dalam hati.Ya Allah,selamatkan Kakak.Jauhkanlah segala penyakit yang merbahaya dari anak kecil ini. Kakak sedang berehat.. Bilik kakak duduk...405. Alhamdulillah...keputusannya negatif.Bukan appendix,cuma jangkitan kuman...Terima kasih buat Mr.Muhammad dan para nurse di wad 405 Kedah Medical Centre atas layanan yang baik. Buat para i...

Alphabet A: Gunting dan gam.

Image
Assalamualaikum..... Ini salah satu aktiviti Ummi bersama Ahmad untuk mengenalkannya dengan huruf.Print huruf A pada kertas A4,kemudian kenalah google image kegemaran Ahmad yang bermula dengan huruf A. Idea ini Ummi dapat dari sini . Jom tengok gambar Ahmad dengan aktiviti ini. Ayam,arnab dan angsa(Ahmad kata itik tu) Dah makin pandai control gunting Hasilnya...frame tu dibuat oleh Ahmad juga....  Ummi perlu lebih gigih membahagikan masa untuk anak...Semoga Allah membantu kami sekeluarga.Amin.

Berjalan dan mengambil pengajaran!

Image
Bismillahirrahmanirrahim.... Alhamdulillah,akhirnya cuti sekolah yang lalu kami bertiga dapat juga pulang ke kampung menaiki bas,walaupun rancangan awalnya nak naik keretapi. Mengapa saya naik bas walaupun saya boleh memandu kereta balik kampung?Tengoklah keletah anak-anak saya.Sungguh mereka seronok,kali terakhir kami naik bas Mac tahun 2011. Mari tengok wajah gembira mereka...perjalanan dari Alor Setar ke Butterworth.Dewasa rm9.90 dan kanak-kanak rm6.90. Peace! Kakak duduk seat sorang...sangat berani. Cakkk....duduk kat tempat letak kaki plak Posing....dia dan kakak yang tak tidur. Berdiri plak dah.... Korek ape dik?? Perjalanan yang menambah pengalaman... Sebenarnya,musafir ini untuk menguji tahap kematangan Ahmad...Rupanya,Ummi tak sedar yang anak Ummi dah membesar.Baik dan 4Bintang untuk Ahmad yang takde la berlari dalam bas( perkara yang paling ditakuti oleh Ummi). Cuma nak dekat sampai tu,ade la tukar tempat duduk dengan Kakak. Goo...

Aktiviti Gunting dan tampal : Nuha vs Haseef

Image
Assalamualaikum Jom kita lihat apa Kakak dan Haseef buat? Tampalan Haseef Haseef buat bunga(comot,kan?)Tapi comel bagi Ummi ,sangat comel sebab adik mampu dah mengawal gunting dari meracik2 bunga tu..hehe Panduan disediakan... Tajuk Buku:saya dapatkan dari Aras Mega Online Tampalan Kakak..lebih kemas sbb kakak dah 7tahun. Kakak buat lori... Bunga Kakak pun cantik Aktiviti mmelukis pun ada Tampalan buah manggis

Jom main puzzle

Image
Assalamualaikum... Ini aktiviti pagi Ahad yang sangat seronok bersama Haseef.Puzzle ni dah berusia 5 tahun,dibeli semasa kakak berumur 2 tahun di Popular Alor Setar. Jadi,adalah beberapa keping yang hilang... Haseef memang minat sangat puzzle ni,jadi kalau dia main ni Ummi dan Kakak la yang jadi mangsa.Mesti tolong dia...huhu... Amat baik bagi mengisi masa anak-anak... Jom tengok Haseef main. Tema sayur-sayuran. Onion Khusyuknya dia... Dah siap satu...tp xcukup set bwg tu... Terung pun xcukup.... Haseef susah tidur kalau dia bermain.Kalau nak dia tidur senang je...bagi dia tengok tv@ipad...xsampai 5 minit tido la dia... Semoga mujahid Ummi membesar menjadi anak soleh..

Nuha:Latihan membaca

Kakak sekarang dah Tahun 1.Maafkan Ummi sebab kadang-kadang rasa sibuk sangat kat tempat kerja sampai terabai anak sendiri. BUat ibu-ibu yang bekerja...janganlah sampai kita menjadi seperti "Kera di hutan disusukan,anak di rumah kelaparan.".. (tengah mood sedih sebab prestasi Iqra'anak yang tak berapa baik). Mengejar kerja yang tak habis-habis,keluar pagi balik petang.Sape yang kata cikgu banyak rehat ,angkat tangan!Sibuk sampai anak sendiri terabai tau...huhu! Saya bukan mengatakan anak murid saya kera ya...inilah indahnya bahasa.Orang yang tak reti bahasa memang susah nak faham. Semoga Kakak berjaya di dunia dan akhirat Sayang Kakak!!

Haseef goreng cempedak!

Image
Chef menggodek tepung.Khusyuknya dia. Haseef anak yang rajin membantu Ummi di dapur.Kadang-kadang terlebih rajin.Biasalah anak-anak,memang berminat dengan kerja orang dewasa.Jadi saya pun bagilah peluang dia sikit. Petang-petang memang sedap makan cucuq cempedak.Cempedak ni mak mertua saya yang bagi dari kebun.Kalau di Perlis ni,harga cucur cempedak 4 ketul RM1.4ringgit pun Xcukup untuk kami sekeluarga. Mula-mula sediakan buahnya.Supaya getahnya tidak melekat pada pisau,elok disapu minyak masak pada pisau.Sementara itu,sediakan campuran tepung untuk menggoreng cucur. Chef kecil saya Maaflah gambaq cucurnya dah xsempat diambil.Sambil goreng terus makan. Makan panas-panas memanglah sedap.Alhamdulillah....

Kad Iqra' untuk Adik Haseef

Image
Ahmad seorang anak yang cerdas.Celik mata je,ada ja projek dia akan buat tak berhenti2 sampaila dia tidur .So,cara mengajar adik pun mestilah kreatif sikit untuk menarik minatnya belajar. 1.Ahmad xboleh membaca sambil duduk depan iqra',kalo membaca mesti sambil jalan,sambil main-main. Kad ni adik susun jadi jalan kereta mainannya...huhu Kad disusun dari muka pintu. Setiap huruf saya kena letak gambar untuk tarik perhatiannya. Tengah jalan tu,dia letak botol air untuk minum jika dahaga. Nampak batu tu?Bila nak sebut huruf,adik suruh Ummi angkat  sebelum keretanya lalu... Adik vs Kakak......... "Ahmad.... Semoga menjadi anak yang soleh,penyejuk hati ummi,abi dan kakak."

Latihan Kakak NUha

Image
Hari isnin ni Kakak nak exam.Bukan exam macam sebelum2 ni,sekarang sistem pendidikan negara kita telah mengamalkan PBS,pentaksiran berasaskan kebolehan murid,takde lagi dah nombor2 dan A,B dan C. Ni latihan yang Ummi test untuk kakak... Latihan huruf besar dan huruf kecil Susun huruf Eh...ini ada kepala itik. Selamat berjaya buat anakanda Nuha.

Nuha demam campak

Image
Masih mampu tersenyum... NUha kata mukanya naik jerawat macam umi...huhu... Bergaya dengan jam baru(hadiah dari tok yah) Sofa dilapik kain batik supaya kurang gatal badannya... Kadang-kadang,penyakit ditimpakan ke atas kita sebagai ujian....kaffarah dosa dan sebagainya.Sian NUha ,disahkan menghidap campak oleh Dr.Sharifah Khadijah (Pakar Kanak2 di  Kedah Medical Centre )...setelah 2 hari demam...inilah wajah2nya sekarang... Kakak dapat MC 14 hari...ummi tak dapat jugake???hehe.... Antara pantang larang demam campak: 1)Minum air kelapa supaya campak cepat keluar 2)Banyakkan makam moi sup ayam-menggalakkan campak keluar 3)Jangan makan kicap-takut parutnya hitam(betul ke?) 4)Jangan kena hujan... 5)Jangan makan benda gatal Kata Doc,biasanya virus ni boleh hidup di badan manusia selama 14 hari,bentukknya macam kristal dan melekat pada badan...walaupun tidak bertindakbalas,mungkin dalam tempoh 14 hari ia akan hidup pada sesiapa yg berhampiran.Haseef berisiko mendapat j...

Kakak ooo...kakak...baca la buku

Image
Kakak...pi ambik buku,kita baca 2orang.Itulah ayat saya semenjak awal2 tahun lalu. Esok kakak nak exam..... liat betol dia nak baca buku.Adakah saya yang terlalu memaksa...Atau Saya rasa tersilap asuhan,banyak tengok tv ni...harap2 kakak tak terlambat lagi untuk ditarbiah...huhu.. "Anak-anak dilahirkan dengan keadaan fitrah.Ibubapalah yang mencorakkan mereka." Bagus PASTI BESTARI AL-Islah ..ada jadual exam lagi Gambar semasa sukan tahunan..Awat muncung je kakak... Isnin   : Bahasa Melayu dan Bahasa Arab(semalam kakak pulun hafal pekataan arab.Harap2 bole jwb) Selasa: Bahasa Inggeris & Al-Quran (kakak baru di Iqra' 2) Rabu  : Jawi dan Peribadi Muslim Khamis  : PSSPI dan Matematik. Hoohooo...macam dah masuk sekolah rendah. Saya suka guru-guru di situ....Tabah dan gigih,bukannya senang nak menjaga dan mengajar kanak2 dari 4-6 tahun,kan? "Kenalilah Allah...."

Wajah-wajah Ahmad Haseef-Edisi Istimewa sempena Ulangtahun Kelahiran Pertama

Image
Selamat Hari Lahir buat anakanda tersayang...hari ini genaplah umur adik setahun.Apa yang Haseef pandai dalam setahun: 1)Pagi ini pandai sebut baba...setelah berkali umi mengajarnya menyebut abi. 2)Baru belajar meniti di tepi-tepi kerusi,dinding dan berpaut di meja. 3)mampu merangkak dengan laju....kalau dia tahu dia silap,lagi cepat dia merangkak untuk larikan diri. 4)Suka gigit kakak-naik atas kakak dan test power giginya.selalunya perut kakaklah yang jadi sasaran. 5)Sebelumni,bila umi panggil abang(panggilan umi buat abi),dia akan ikutnya....aba... 6)Dah pandai koyak buku kakak 7)Pandai mewarna(ala2 budak umur 1tahun je...) 8)Dah pandai tunjuk abc....ikut aksi kakak nyanyi lagu abc...bila nyanyi lagu kakak,mulalah dia menunjuk ke arah abc tu... 9)Pagi2 dah pandai demand...tak nak pi dekat tok 10)Bila dengar azan di tv,akan terpaku dan senyap dari sebarang aktiviti 11)Suka kutip apa sahaja yang ditemui di lantai,dan pasti akan masukkan ke mulutnya...nyum...nyam...katanya...