Posts

Showing posts from 2014

Aktiviti berkumpulan Bahasa Arab Tahun 4

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Ini aktiviti yang saya lakukan bersama anak2 Tahun 4.Bahannya ada pada LINK INI Masyaallah...Seronok sungguh mereka apabila diberi tugasan ini. Jom cuba!

Kebun Cinta Kami.

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Walaupun rumah kami belum siap,tapi abi dah prepare pokok2 penyejuk hati,aktiviti petang kami sekeluarga.Alhamdulillah... Pokok kekwa.Masa ni baru beli...cantik sungguh bunganya.Ada masa nanti saya uploadkan gambar terkini. Kekwa merah. Ros Jepun. Warna-warni alam. Mula berbunga.. Lagi Ros Jepun baru disemai. Subhanallah.. Merah. Allah yang menciptakan keindahan ini.Subhanallah..

Nuha dan hafazan.

Image
Assalamualaikum... Kakak terpaksa pindah ke sekolah Ummi atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah,berani kakak masuk pertandingan hafazan walaupun mulanya dia tak bagi nama kepada ustazah. Semoga ini permulaan yang baik.Kakak boleh jawab walaupun ada juga sangkut2. Muka gabraaaa... Allahul Mustaa'n...Jadikan zuriat kami anak2 yang soleh dan solehah.

Cara buat layang-layang

Image
Assalamualaikum... Aktiviti saya dengan anak2 tersayang.Bukan bulan ramadan ye. Kenangan bersama mereka. Bahan2nya ....ini cara tradisi .guna apa yang ada. Suratkhabar dilipat 2 menjadi segiempat sama.Letakkan lidi di tengah.Satu lagi lidi letak secara melintang.Tebukkan lubang di tempat pertemuan lidi.SIAP!  Abi pun join anak2..... Ahmad dengan layang2 nya.. Kakak pun seronok lari2 hadapan rumah sewa kami. Anak-anak bahagia.Ummi dan Abi pun suke....

Checklist Hafazan Anak-Anak.

Image
Salam Ramadan yang mulia. Walaupun sibuk,saya cuba ingatkan diri saya dan anak2 untuk teruskan aktiviti hafazan.( WALAUPUN KADANG2 SIBUK atau buat2 sibuk.huhu) Saya blogwalking dan terjumpa blog sisters kat UK(kalau xsilap) yang amat tekun mengajar anak2 mereka di rumah. Saya kongsikan di sini carta hafazan untuk tandakan surah2 yang dihafaz oleh anak kita. Rujuk di sini  http://amuslimchildisborn.blogspot.com/ Dan juga di sini  http://www.easelandink.com/gallery/index.htm Sangat bagus dan islamic .

BBM Tahun 4 Bahasa Arab-Alatan dapur

Image
Assalamualaikum... Saya nak kongsikan gambar untuk tajuk pertama Tahun 4 Boleh klik (di sini) untuk download.Saya akan uploadkan aktiviti yang telah saya lakukan di dalam kelas. Semoga beroleh manfaat. Ramadan Kareem

Lapbook Ramadhan 1435

Image
Salam Ramadan ... Semoga Ramadan pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Teruja benar melihat kegigihan sahabat2 yang mendidik anak2 melalui kaedah homeschooling.Ini idea buat lapbook mengenai ramadan yang amat menarik. (http://lolliesplace.wordpress.com/) Dan juga blog ini(  http://raisingmuslims.wordpress.com )

Jalan-jalan Kuala Perlis

Image
Antara  acara menarik di tepi laut Kuala Perlis...tentulah acara makan.Petang2 memangla tersangat ramai orang kat sini.Bukan mandi ya.Tak boleh mandi-manda di sini sebab airnya berlumpur. Kakak control cutenye...Subhanallah...cantiknya matahari terbenam di sini Tu bukan anak labah2 tau.Tu aksi nak pergi tangkap ikan belacak..Ahmad kegeraman tengok anak ikan belacak melompat2 di tepi batu.

Nasheed | Arabic Alphabet Song with Zaky | HD

Salam Jumaat yang mulia. Saya ada download beberapa video nasyid Bahasa Arab melalui youtube.Campur2 BI dan B.Arab. Boleh la sekali-sekali nak tunjuk pada anak murid. Kalau selalu menulis aje boring juga.. http://www.youtube.com/watch?v=5A9cz4zLYHk Setelah dibuka ,akan ada lagi nasyid kanak2 yang menarik...Boleh juga dibuat set induksi. Ada juga web mereka : www.one4kid.net Guru2 zaman siber perlu la bergerak seiring dengan anak murid,kan? Boleh juga untuk ajar anak2 di rumah. Selamat bercuti  dan bersama anak2 ...(cuti tapi kena pergi sekolah)...

BBM B.ARAB TAHUN 3-TAJUK 2(PAKAIAN)

Image
Assalamualaikum... Ini saya kongsikan tajuk ke-2 BBM untuk para guru sekalian.Berbentuk powerpoint bagi gambar sahaja.Sebenarnya saya gunakan untuk dilaminatekan... Semoga bermanfaat buat semua.... Gambar sahaja.(Tak perlu susah2 nak cari satu-satu,saya dah kumpulkan) Kalimat Berminat????Boleh download di sini(untuk perkataan) ..dan sini (untuk gambar) Ya Allah.... mudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.