Posts

Showing posts with the label Bahan Bantu Mengajar

BBM Tahun 4 Bahasa Arab-Alatan dapur

Image
Assalamualaikum... Saya nak kongsikan gambar untuk tajuk pertama Tahun 4 Boleh klik (di sini) untuk download.Saya akan uploadkan aktiviti yang telah saya lakukan di dalam kelas. Semoga beroleh manfaat. Ramadan Kareem

BBM B.ARAB TAHUN 3-TAJUK 2(PAKAIAN)

Image
Assalamualaikum... Ini saya kongsikan tajuk ke-2 BBM untuk para guru sekalian.Berbentuk powerpoint bagi gambar sahaja.Sebenarnya saya gunakan untuk dilaminatekan... Semoga bermanfaat buat semua.... Gambar sahaja.(Tak perlu susah2 nak cari satu-satu,saya dah kumpulkan) Kalimat Berminat????Boleh download di sini(untuk perkataan) ..dan sini (untuk gambar) Ya Allah.... mudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.

BBM B.Arab Tahun 2: Nombor 1-20

Image
Mutakhir ni blog saya dah bercampur2. Kejap kisah anak,sat kerja2 saya kat sekolah,pastu jadi rojak.Tak mampu plak nak manage banyak2 blog,jadilah blog saya ni caca-merba. Ni adalah bahan2 BBM yang saya usahakan sepanjang tahun ni.Upload ke sini dengan alasan senang nak cari nanti. Sapa berminat,boleh download.Simple je . Sila klik di SINI untuk download ya. Semoga Allah mudahkan urusan kita menyebarkan Bahasa Al-Quran!

Bahan Bantu Mengajar Tahun 2:Tajuk Madrasati(Sekolahku)

Image
Saya kongsikan bahan yang saya hasilkan dengan para asatizah sekalian. Ada gambar dan perkataan sesuai untuk murid Tahun 2( powerpoint).Tak perlu susah2 nak cari satu2 gambar. Klik di SINI untuk download. Harap dapat membantu.

Kreatif dalam PdP Bahasa Arab.

Image
Assalamualaikum.... Saya ingin kongsikan antara aktiviti menarik untuk Bahasa Arab sekolah rendah.Antaranya ialah... *kolaj...maaf kalau tersilap.Saya aplikasikan untuk tajuk warna. Langkah 1:Guru sediakan kertas warna mengikut bilangan murid@mengikut bilangan kumpulan . Langkah 2: Sediakan gambar yang kosong seperti epal di bawah(senang search google je) Langkah 3: Kertas dipotong kecil2...potong dan tampal.Namapak macam buang masa ke?Terpulang kepada pendapat masing2,bagi saya aktiviti seperti ini bolehlah dibuat sebulan sekali.Baik untuk skill tangan,ketelitian dan melatih kesabaran. Hasilnya....tak siap lagi.... Cuba dan terus mencuba.Peringatan,epal tu kecil aje.Satu A4 saya dapat 4 biji epal.So,dalam sejam dah ada yang dapat siap. Murid Tahun 2 SK Paya. Saya terlupa nak ambil gambar yang telah siap.Setelah epal tu siap,saya minta murid potong epal tu,dan lekatkan pada buku tulis.Last,tulis warna epal yang dibuatnya dalam ...

Aktiviti menarik untuk anak yang baru mengenal huruf.

Bismillahirrahmanirrahim... Salam buat semua. Di sini saya nak kongsikan cara2 menarik untuk mengajar anak kecil yang baru nak mengenal huruf.Saya baca dari blog ni.. http://www.babycenter.com/0_fun-activities-for-pre-readers_64472.bc 1.Poster huruf. Contohnya anda nak mengenalkan kepada anak anda huruf A,jadi anda tulis hurf A pada satu kertas A4 sebaiknya,kemudian boleh cari dan potong gambar2(dari majalah lama,paper,@gambar yang anda kumpulkan ) yang bermula dengan huruf A dan biarkan anak gunting dan lekat.Menarik bukan???Begitu juga untuk guru2 yang nak mengajarkan huruf jawi Jom....saya pun nak cuba untuk Haseef

Aktiviti PdP:Jom Buat Buku Cerita Bahasa Arab

Image
Buku cerita Bahasa Arab Assalamualaikum... JOm kita kreatifkan cara mengajar Bahasa Arab.Jemu juga kalau asyik guna kemahiran mendengar,membaca dan menulis.Kali ni kita gabungkan kesemua kemahiran. Biasanya aktiviti2 seperti ini saya buat bagi memantapkan lagi kemahiran anak murid saya,di samping menambah minat mereka mempelajari Bahasa Al-Quran. Lagi contoh Guru hanya perlu susah sikit je...sediakan gambar.Ini penting bagi memastikan tiada anak murid kita duduk saje( sbb dia xbawa gambar). And,infaqkan la riben bagi menarik minat murid.(utk binding buku) Mula2 gunting manila kad,menjadi 4keping.Lekat kan gambar.Ceritakanlah melalui gambar tersebut.Saya gunakan perkataan yang telah mereka pelajari. Hasilnya.............. Anak murid saya bersama hasil kerjanya. Jaurabun purple... Selamat Mencuba!

BBM Bahasa Arab Tahun 5-Bulan2 Islam

Image
Ini pula BBM yang diajar untuk Tahun 5-Bulan-bulan Islam.Kartunnya sama dengan Tahun 1(malas le tu). Bulan -bulan islam Boleh download (di sini)

Kad ABM:Hari-hari dalam Bahasa Arab

Image
Setiap tahun saya buat,tahun ni buat lagi untuk dilekatkan dalam kelas-kelas.Setiap hari dilihat oleh anak murid,lama-lama ingatlah mereka. Contoh : Hari Ahad. Boleh download dalam kertas satu A4 atau kecil pun boleh.Klik (di sini )

Bahan Bantu Mengajar Bahasa Arab-Sobahul Khair

Image
Bahan ini dalam bentuk power point.Boleh juga diprintkan untuk dibuat kad imbasan. Contoh kad-sebesar A4. Boleh juga di print kecil-kecil. Saya belajar dari satu blog Pra sekolah(maaf nama blog tu saya xingat) nanti saya bagitau semula. Boleh download di  (sini)

Kad Iqra' untuk Adik Haseef

Image
Ahmad seorang anak yang cerdas.Celik mata je,ada ja projek dia akan buat tak berhenti2 sampaila dia tidur .So,cara mengajar adik pun mestilah kreatif sikit untuk menarik minatnya belajar. 1.Ahmad xboleh membaca sambil duduk depan iqra',kalo membaca mesti sambil jalan,sambil main-main. Kad ni adik susun jadi jalan kereta mainannya...huhu Kad disusun dari muka pintu. Setiap huruf saya kena letak gambar untuk tarik perhatiannya. Tengah jalan tu,dia letak botol air untuk minum jika dahaga. Nampak batu tu?Bila nak sebut huruf,adik suruh Ummi angkat  sebelum keretanya lalu... Adik vs Kakak......... "Ahmad.... Semoga menjadi anak yang soleh,penyejuk hati ummi,abi dan kakak."

Bahan Bantu Mengajar Bahasa Arab Tahun 1

Image
BBM Bahasa Arab Tahun 1 مَ مِ مُ. Saya sediakan dalam bentuk powerpoint.Perkataan dan gambar.   BBM Bahasa Arab Tajuk 1 Contoh BBM tersebut...yang berminat boleh download "Kita mudahkan urusan manusia,kelak Allah akan mudahkan urusan kita."