Posts

Showing posts from 2011

الآثار في فضل ثورة النور

Hadis-hadis yang menyatakan kelebihan Surah Annur... Hadis yang menyatakan kelebihan Surah An-Nur   Selamat bertadabbur!!!

Cd Dhuha "Jom Nyanyi Bahasa Arab"

Image
Kepada semua sahabat-sahabat di seluruh Malaysia terutamanya yang berada di Utara Malaysia (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak ) yang berminat untuk mendapatkan Cd ini boleh berhubung dengan saya melalui :   suhanasaid[at]gmail.com Berikut lagu-lagunya :- 1. Alu-aluan. 2. Kebersihan Adalah Sebahagian Daripada Iman 3. Di Rumah Kami 4. Wahai Pendidik 5. Bulan-Bulan Hijriah dan Masehi 6. Hari Jadi 7. Ke Zoo 8. Keluarga 9. Hari-Hari 10. Tubuh Badan Saya 11. Alatan Belajar 12. Warna-Warna 1 13. Warna-Warna 2 14. Mari Belajar Bahasa Arab Nasyid yang sangat baik untuk anak-anak dan Guru-guru j-QAF mengajar dan belajar Bahasa Arab. Dapatkanlah CD anda segera dengan serendah RM 20.00 sahaja ( tidak termasuk kos penghantaran ). Demo: Youtube

Kertas Kerja Ihya Ramadhan 2011

Sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan kertas kerja program Ihya' Ramadhan bolehlah mendownload di sini Kertas Kerja Ihya Ramadhan  2011 Selamat berpuasa

Ahlan Ya Ramadhan Kareem

Image
Assalamualaikum buat semua..... Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia. ( Pic.from i luv islam  ) Semoga Bulan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik buat kita semua. Ramadhan kareem....

Borang PBS Bahasa Arab TAHUN 1 KSSR 2011

Sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan Borang PBS silalah download di sini: BORANG PBS BAHASA ARAB KSSR TAHUN 1 2011 Selamat berjuang !

Nuha demam campak

Image
Masih mampu tersenyum... NUha kata mukanya naik jerawat macam umi...huhu... Bergaya dengan jam baru(hadiah dari tok yah) Sofa dilapik kain batik supaya kurang gatal badannya... Kadang-kadang,penyakit ditimpakan ke atas kita sebagai ujian....kaffarah dosa dan sebagainya.Sian NUha ,disahkan menghidap campak oleh Dr.Sharifah Khadijah (Pakar Kanak2 di  Kedah Medical Centre )...setelah 2 hari demam...inilah wajah2nya sekarang... Kakak dapat MC 14 hari...ummi tak dapat jugake???hehe.... Antara pantang larang demam campak: 1)Minum air kelapa supaya campak cepat keluar 2)Banyakkan makam moi sup ayam-menggalakkan campak keluar 3)Jangan makan kicap-takut parutnya hitam(betul ke?) 4)Jangan kena hujan... 5)Jangan makan benda gatal Kata Doc,biasanya virus ni boleh hidup di badan manusia selama 14 hari,bentukknya macam kristal dan melekat pada badan...walaupun tidak bertindakbalas,mungkin dalam tempoh 14 hari ia akan hidup pada sesiapa yg berhampiran.Haseef berisiko mendapat jangk
Lirik Lagu HambaMu – Mawi ft. Akhil Hayy Ke arah satu perjalanan Dalam sebuah kehidupan Demi untuk mengecapi Hasrat murni di dalam hati Usaha dengan doa Masanya akan tiba Dengan restu Illahi Kelak pasti akan ditemui Suluhkan cahaya di hati terang (Allah) Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah) Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh Tegakkan semangat bila runtuh Setibanya di sisiMu ku berserah Terimalahku hambaMu Allah HambaMu Allah Untuk mendengar lagu ,sila klik di sini :  Hambamu : Mawi feat Ustaz Akhil Hai   (lagu tema imam muda)

Kalau melentur buluh......Kem Bestari Solat Tahun 1 2011 SEkolah Kebangsaan Jejawi

Image
Pada 25Jun lalu,Panitia Pend. Islam dan jQAF Sekolah Kebangsaan Jejawi telah berjaya melaksanakan Kem Bestari Solat bagi murid Tahun 1 sesi 2011. "KAlau melentur buluh biar dari rebungnya....' "Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke lengan..." "Kalautidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.." Ahakss...macam cekgu Bm pulak.Bukan senang nak buat KBS kalau tiada kerjasama,ditambah dengan kekangan masa ,dan tugasan lain...pulak tu,buat pulak hari Sabtu.kalau tak difikirkan tentang amanah....Tentu ramai guru yang akan tersenyum kesukaan kalau kita boleh claim bila overtime kerja,kan? :) Tentatif program : 8.00 pagi  : Pendaftaran peserta 8.30 pagi  : Ceramah :Wuduk 9.30 pagi  : Slot LDK ( Kepentingan wuduk,anggota wuduk ,cara wuduk,niat wuduk dan doa selepas wuduk) 10.30 pagi : Rehat 11.00 pagi : Amali wuduk 12.00 pagi : Bersurai Silalah view gambar ya... Peserta mendengar ceramah tentang wuduk oleh Ustaz Sobri dari Sek Keb Dat

blog sedang di update

Maaf buat semua...Blog ini dalam proses renovation:)Maaf sbb berserabut sikit

Jalan2 Cameron Highland

Image
 Seronok juga jalan2 waktu cuti sekolah ni ya...Berjalan sambil melihat keindahan ciptaan Allah...Tak sempat nak ajak yg lain2 ..maaf no,lain kali kita jalan ramai2. Kami bertolah jam 8.00pagi...Singgah R & R Bukit Merah...Akhirnya,sampailah kami ke CM kul 3petang lebih.Ohhh....seronok sungguh melihat pemandangan bukit bukau dan gunung ganang ni... Ni la antara tempat menarik di sana... Haseef bangun tidur terus ambil gambo...seriusnye dik... Kami pusing2 cari motel je...penuh..sampailah jam4.30 takde tempat...Check in di hotel Casa De La Rosa...Ok la,scenery cantik...  Taman Agro Al-Mashoor Ini dari pakcik google..saya tak sempat snap..sibuk dengan haseef Nyummy... Kakak yang sgt teruja nak petik strawberry...tp cian dia tak bole...sabo ya kakak strawberry masakk...tp masam jg strawberry coklat...manis di luar...masam di dalam Taman Rama2..bayarannya rm dewasa...kanak2 rm2ke 3...tak ingat pula saya rama2 besar jg ni Anak2 sume takut.

Menu hari Ahad..

Image
Salam buat semua... Ini menu ahad lepas ya...dedicated for zauji tersayang dan anak2.Tapi bukan ahad ni,ahad lepas.Petang ni dah nak balik kampung,menunya tentulah ikut my mummy tersayang ....nyum...nyum 4 je...tak pandai masak Haseef tu tengah ligat sekarang...kalau saya ke dapur,dia pun mula la buat2 sibuk sama.Nak nasi,nak sudu,nak periuk....sibuk2. Gulai daging Ni la first time saya masak gulai daging dengan rebung...favorite orang Perlis Indera Kayangan.Agak2 nya kenapa ya?Di sini banyak ditanam rebung madu...bukan rebung hutan tau!rasanya lain sikit. Gambar ni dari pakcik google tau...(rupa rebung sebelum masak) Rebung ni kecik2...kalau di Perlis,tanamannya telah dikomersialkan... Pokoknya yang kecil...senang nak ambik,tapi jangan suruh saya...saya tatau. Menu ke2---- Salad Ala Orang Mesir(salatoh) Tetiba ja teringatkan sayur kegemaran saya masa study kat Mesir nun....gargir...atau watercress kata omputih(taktau le betol tak).Tapi memang sedaaaaaap sa

Akhirnya dapat jua.... Samsung Galaxy S i9000 (Metallic Black)

Image
Bukan saya punya tau....ini suami saya punye... Baru sampai...berdebar2 nak tengok... Order dari KL... Kotaknya setelah dibuka... Suami saya ni  memang minat dan suka dengan gadget2 terkini.Kalau jalan2 shopping market...bukannya nak ke kedai baju,tp tgk tv lcd,notebook terkini,ipad terbaru....boring,kan?tak minat lansung!Tapi saya suka tengok kegigihannya yang suka survey,tanya itu...tanya ini......orang yang sangaaaaat teliti bila nak beli sesuatu.Kadang saya naik boring juga...kadang2 tu...abang takyah la beli..hehe... Taraa......setelah dibuka kotaknya Tengok tu...bayangkan gambar2 ni,dia ambil tau dari sebelum buka...sampailah dah boleh pegang ...hset yang dibeli 4tahun dulu pun disimpan lagi.Macam mana la rumah kami ni tak dipenuhi dengan barang2 koleksinya. Charger...and wayar sambungan...cover dapat free kot Sory la kalau tak clear...gambar2 ni diambail gunakan Nokia je,kamera Canon saya tu dah nyawa2 ikan...hidup segan mati tak mahu. Android and

Terkini: BAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Image
Kepada Guru -guru jQAF yang ingin mendapatkan bahan KSSR bolehlah mendownload di sini: 1. Standard Prestasi Bahasa Arab Tahun 1 2011   2. Contoh Instrumen Kemahiran Mendengar & Bertutur 3. Contoh Instrumen Kemahiran Membaca 4. Contoh Instrumen Kemahiran Menulis 5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11 Tahun 2010   6. Surat Siaran Pelaksanaan Modul Elektif KSSR    7. Contoh RPH Bahasa Arab KSSR (unit 1) SElamat Menjalankan Amanah!

SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI LEPASAN SPM

Image
Kepada semua Calon lepasan SPM yang memohon Kemasukan ke IPTA bagi sesi 2011/2012 boleh membuat semakan di : http://upu.mohe.gov.my - SEMAKAN MELALUI SMS : Taip UPU RESULT [NO. KP] dan SMS ke 15888. Contoh : UPU RESULT 930616076007

SEMAKAN TEMUDUGA IJAZAH PENDIDIKAN (ISMP) & DIPLOMA PENDIDIKAN (DPLI)

Image
Sila buat Semakan Panggilan Temuduga (Program Pengajian Pendidikan) Sesi Akademik 2011/2012 & Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Ambilan Julai 2011 boleh dibuat di:   http://upu.mohe.gov.my   atau https://online.mohe.gov.my/upu/tdugadidik/default.php