Election,Pilihanraya & Intikhabat....

Bismillahirrahmanirrahim...

Orang semua sedang sibuk bercakap tentang pilihanraya..termasuklah saya.Ini adalah kali ke-2 saya akan mengundi pemimpin yang akan mewakili rakyat di DUN dan Parlimen.Saya akan pulang ke tempat kelahiran saya di PAdang Serai...cewaah...tak sabar ni.

Mengapa saya tak tukar mengundi di Perlis???Maaflah...saya memang tetap di sana walau menyusahkan diri saya...Itulah sahaja sumbangan yang saya mampu buat buat negeri saya yang tercinta.Walaupun satu undi...tetap memberi kesan..

Mengapa kita kena mengundi?

Saya bukan nak syarah mengikut hadis dan sebagainya...Cuma ini adalah tanggungjawab kita kepada negara."Hubbul watan minal iman".Kita perlu ambil cakne dengan apa yang berlaku di negara kita..

Sebelum memangkah...tanya lah pada diri sendiri...buatlah penilaian yang bijak.

*Adakah parti ini mampu membela nasib kita setelah mereka menang nanti?

*Apakah dasar utama parti ini?

*Adakah kita mengikut /mewarisi fikiran keluarga kita?_Allah menganugerahkan kita aqal untuk berfikir,jadi cubalah berfikir...jangan menjadi pak turut.

*Takutkah kita untuk berubah menjadi lebih baik??

Kita wajib ambil tahu...kita kena tahu....jangan buat2 tak tahu...

Selamat mengundi...

Comments

Popular posts from this blog

Checklist Hafazan Anak-Anak.