Kalau melentur buluh......Kem Bestari Solat Tahun 1 2011 SEkolah Kebangsaan Jejawi

Pada 25Jun lalu,Panitia Pend. Islam dan jQAF Sekolah Kebangsaan Jejawi telah berjaya melaksanakan Kem Bestari Solat bagi murid Tahun 1 sesi 2011.

"KAlau melentur buluh biar dari rebungnya....'


"Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke lengan..."


"Kalautidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.."


Ahakss...macam cekgu Bm pulak.Bukan senang nak buat KBS kalau tiada kerjasama,ditambah dengan kekangan masa ,dan tugasan lain...pulak tu,buat pulak hari Sabtu.kalau tak difikirkan tentang amanah....Tentu ramai guru yang akan tersenyum kesukaan kalau kita boleh claim bila overtime kerja,kan? :)

Tentatif program :
8.00 pagi  : Pendaftaran peserta
8.30 pagi  : Ceramah :Wuduk
9.30 pagi  : Slot LDK ( Kepentingan wuduk,anggota wuduk ,cara wuduk,niat wuduk dan doa selepas wuduk)
10.30 pagi : Rehat
11.00 pagi : Amali wuduk
12.00 pagi : Bersurai


Silalah view gambar ya...


Peserta mendengar ceramah tentang wuduk oleh Ustaz Sobri dari Sek Keb Dato' Wan Kemara,Kedah.                                                                                                                                                                                      


 Pembahagian LDK bermula 9.30 pagi-10.30 pagi,iaitu murid diberi penerangan semula oleh guru-guru fasilitator.
 Sesi yang paling seronok bagi murid...menjamu selera...
 Seramai 64 daripada 74 orang murid telah hadir....hampir 90 peratus hadir.

 Amali wuduk dijalankan berperingkat....tak cukup kakitangan.

Begitulah penerangan serba ringkas tentang Kem Solat di Sekolah Kebangsaan Jejawi.

Comments

Popular posts from this blog

Checklist Hafazan Anak-Anak.