Budak 4 tahun tergantung pada escolator di Giant,Alor Setar.

Assalamualaikum buat semua.....dah lama tak menjenguk blog ni, dah jadi mcm rumah usang.
Mata saya ni,masih tak mau pejam.Masih terbayang-bayang kejadian yang telah menyebabkan lutut saya ni lemah.

Begini ceritanya...petang tadi,kami sefamily nak ke kenduri sedara suami di Mergong.Lambat jg kami bertolak,dalam 4ptg.Sampai jam 5,makan2 n sembang2....sampailah kul6.Ambil ubat haseef di KMC...kira2 jam 8mlm,barulah plan nak ronda2 alor setar.Suami sibuk bertanya,saya nak ke mana,biasanya kami akan ke TESCO atau PACIFIC Mall...









ntah kenapa hari ni saya teringin sangat nak ke giant...kononnya nak beli jubah yang murah(dipromosikan oleh K.Liza sek saya tu).





Beriya betul nak ke sana,sebab suami janji nak belikan...:).Kami sampai ke sana dalam 9mlm...rupanya bazar tepi2 giant tu dah tutup,frustlah kejap..Cik abg ajak juga masuk,alang2 dah sampai...kat ruang legar tu,rupa2nya masih ada lagi jubah tu.Belek2 tp rasa xberkenan pulak,agaknya orang lain dah pakat2 beli...jadi masuklah shopping2..sayur,susu,pampers xbeli sbb xda sale,mcm2 lagi la..

10.00malam...suami saya pun bayar di tingkat3,turun naik lif ke ground floor.Hajat di hati nak jg tgk jubah2 tu skali lg.Tutup dah pun gerai tu.Tgh jalan2 nak kluar ,tetiba dengar suara pak guard dok jerit2 macam marahkan seseorang...Terkejutlah jg tp semua dok steady je...ingatkan p.guard tu marah sbb ada orang nak curik brg,maklumlah semua org sibuk nak balik.


Tiba-tiba saya ternampak sorang budak laki,tangannya dok pegang getah pd tempat letak tgn pd escolator.Tp bukannya kat tangganya,tp arah luar(maaflah kalau tak faham ayat saya ni ya...)

Abaikan tulisan tu ya...budak tu pegang yg merah tu...tp dari arah luar.bukan kat tgganya.

Suami saya mula nampak semasa dia dianggarkan di tgga ke5,kemudian budak tu mula menjerit.Saya yang lihat pun dah mula gelabah..Adik tu seolah2 tangannya melekat pada pemegang tu...dan dibawa naik sampai ke atas dalam keadaan sebelah kaki kanannya terawang2 ..Situasi semakin kronik dan saya mula nak menangis dan tak sanggup tgk.Suami saya dah bersedia di bawah untuk sambut dan ayahnya pun ada di situAgaknya masa ayah nya tgk kejadian tu,dia pun panik dan hanya mampu tgk tanpa sempat berlari ke arah anaknya.Suami saya bgtau,masa smpai di atas adik tu dah lepaskan tgnnya...tp disambut dari atas oleh p.guard yg jerit td.Rupanya,sebaik saja dia nampak,dia cepat2 naik escolator tu...Allahu Akhbar...Allah Maha Besar.Saya tak sanggup bayangkan seandainya budak tu jatuh...

Selepas kejadian tu,saya ternampak keluarganya lalu.Sempat bertanyakan ibunya.Adik tu memegang erat kaki ibunya.Dia agak lasak,anak kedua...ayahnya sedang pegang baby dalam 4-5 bulan.Saya tak dapat bayangkan seandainya saya berada di tempat ibunya....Allah hanya menguji mengikut kemampuan hambanya.

Beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:
1.Buat semua ibubapa terutamanya diri saya,berhati2 walau di mana saja.Jgn shopping smpai tak nampak anak.Kalau boleh waktu shopping letak anak dalam troli.
2.Layanlah anak sebaiknya,mereka adalah anugerah tidak ternilai buat ibubapa.Jgn sampai terjadi sesuatu yg buruk baru kita menyesal....ini pun untuk diri saya.
3.Tangan adik tu...mcm digam2 kat escolator tu...kenapa ya?Cashier giant bgitau saya,2mggu sblm ni pun ada budak dah jd mcm tu....????
4.Waspadalah dengan escolator.Patutlah mak mentua saya fobia dengan tangga karan ni....



Kita merancang dan Allah jua merancang...Namun sebaik2 perancangan adalah daripada Allah Yang Maha Kuasa.

p/s...tulisan ini bukan untuk memburukkan sesiapa,cuma untuk diambil iktibar oleh semua.

Comments

Popular posts from this blog

Checklist Hafazan Anak-Anak.