Posts

Showing posts from April, 2013

Parlimen Arau...(Bukan nak kempen no...)

Image
Makluman buat penduduk Arau... Biarlah gambar yang berbicara... Dr.Harun Din Vs Shahidan Kassim Selamat Mengundi!!!

Resepi Mudah Piza...

Image
Bismillahirrahmanirrahim... Kali ni saya nak kongsi cara buat piza....erkk...toping piza je..dohnya saya tak pandai,dan tak rajin nak uli. Thaks to Kak Tika (guru BI di sekolah saya) yang menunjuk ajar buat piza.Very simple tau.Anak2 saya mmg suka piza,so senang la nak buat bagi ibu2 yang bekerjaya. Untuk dohnya,saya gantikan dengan roti piza(gambar ni,tapi mahal la),atau roti arab@roti gardenia pun sedap sebab bila masak jadi rangup. Bahan2 untuk toppingnya: 1.Sos prego disapukan pada permukaan roti...xletak pun takpe...boleh ganti sos. 2.Taburkan hirisan sosej,sardin@tuna dan apa2 perasa yang anda suka... 3.TAburkan hirisan sayuran yang anda suka cth:lada benggala,bawang,mushroom dll... 3.Akhir sekali,letakkan hirisan mozarela,cheesdale@mayonis.... Siap!!! Senang sangat...Wah2...banyak betul bahan yg menaikkan berat badan. Sebenarnya tak susah nak buat ni...kita gunakan je apa yang ada kat dapur... Selamat mencuba

Election,Pilihanraya & Intikhabat....

Bismillahirrahmanirrahim... Orang semua sedang sibuk bercakap tentang pilihanraya..termasuklah saya.Ini adalah kali ke-2 saya akan mengundi pemimpin yang akan mewakili rakyat di DUN dan Parlimen.Saya akan pulang ke tempat kelahiran saya di PAdang Serai...cewaah...tak sabar ni. Mengapa saya tak tukar mengundi di Perlis???Maaflah...saya memang tetap di sana walau menyusahkan diri saya...Itulah sahaja sumbangan yang saya mampu buat buat negeri saya yang tercinta.Walaupun satu undi...tetap memberi kesan.. Mengapa kita kena mengundi? Saya bukan nak syarah mengikut hadis dan sebagainya...Cuma ini adalah tanggungjawab kita kepada negara." Hubbul watan minal iman". Kita perlu ambil cakne dengan apa yang berlaku di negara kita.. Sebelum memangkah...tanya lah pada diri sendiri...buatlah penilaian yang bijak. *Adakah parti ini mampu membela nasib kita setelah mereka menang nanti? *Apakah dasar utama parti ini? *Adakah kita mengikut /mewarisi fikiran keluarga kita?_Allah

Allah mengasihi kita!!

Image
Bismillahirrahmanirrahim... 2 minggu ini usrah kita diuji dengan nikmat sakit...Allah sayang Ummi dan Abi,Allah sayang Kakak,Allah sayang adik. 2 minggu lepas kakak masuk KMC sebab dah seminggu sakit perut,tak selera makan.Dan kemuncaknya malam Khamis elok je Ummi nak tidur,kakak nangis teresak2.Ke tandas pun berjalan sambil bongkok2. Abi cepat2 bangun dan terus buat keputusan ke KMC.Besarnya pengorbanan Abi buat kita,kan Kakak?Petanda sakit Kakak macam apendix.Kita sampai dalam jam 1.30pagi. Kakak terus di "admit" ke wad.Esoknya buat check up dan pemeriksaan darah...Oh...hati Ummi berdebar2...bermacam2 perasaan yang berbaur dalam hati.Ya Allah,selamatkan Kakak.Jauhkanlah segala penyakit yang merbahaya dari anak kecil ini. Kakak sedang berehat.. Bilik kakak duduk...405. Alhamdulillah...keputusannya negatif.Bukan appendix,cuma jangkitan kuman...Terima kasih buat Mr.Muhammad dan para nurse di wad 405 Kedah Medical Centre atas layanan yang baik. Buat para i

Aktiviti usrati: Rehlah ke Taman Ular Perlis sempena Pertandingan Kucing Comel!

Image
Assalamualaikum..... Macam pelik je tajuk post tu kan?Yalah...Rehlah ke TAman Ular,tapi sebab ada Pertandingan Kucing comel kat situ...Kali terakhir kami ke sana semasa Nuha berumur 2tahun...haha..5 tahun yang lalu. Ahmad amat teruja.... Kakak Nuha terjerit2 xnak masuk sebab geli katanya nengok ular... Ummi pun naik bulu roma sebab kegelian yang teramat sangat tengok ular yang meliang-liuk(betul ke istilah nih?)dalam sangkarnya.. Bagi warga Perlis ,inilah antara tempat rekreasi keluarga..dah semakin maju berbanding 5 tahun lalu...yelah...dah 5 tahun,kan? Jom tengok apa ada di sana... Welcome!!Nampak tak ular albino dalam aquarium tu.... Ahmad yang teruja Tak takut lansung! Nampak mulut ular tu kembung?Agaknya dia baru makan tikus kot...heeee...geli! Ular yang diawet. Ni ape?Xtau namanya... Kenapa nama ular ni mata kucing??? LAgi ular... Sebenarnya banyak sangat ular kat sini...dan terbaru ada ular sawa besar baru menetas 54b

Kreatif dalam PdP Bahasa Arab.

Image
Assalamualaikum.... Saya ingin kongsikan antara aktiviti menarik untuk Bahasa Arab sekolah rendah.Antaranya ialah... *kolaj...maaf kalau tersilap.Saya aplikasikan untuk tajuk warna. Langkah 1:Guru sediakan kertas warna mengikut bilangan murid@mengikut bilangan kumpulan . Langkah 2: Sediakan gambar yang kosong seperti epal di bawah(senang search google je) Langkah 3: Kertas dipotong kecil2...potong dan tampal.Namapak macam buang masa ke?Terpulang kepada pendapat masing2,bagi saya aktiviti seperti ini bolehlah dibuat sebulan sekali.Baik untuk skill tangan,ketelitian dan melatih kesabaran. Hasilnya....tak siap lagi.... Cuba dan terus mencuba.Peringatan,epal tu kecil aje.Satu A4 saya dapat 4 biji epal.So,dalam sejam dah ada yang dapat siap. Murid Tahun 2 SK Paya. Saya terlupa nak ambil gambar yang telah siap.Setelah epal tu siap,saya minta murid potong epal tu,dan lekatkan pada buku tulis.Last,tulis warna epal yang dibuatnya dalam

Alphabet A: Gunting dan gam.

Image
Assalamualaikum..... Ini salah satu aktiviti Ummi bersama Ahmad untuk mengenalkannya dengan huruf.Print huruf A pada kertas A4,kemudian kenalah google image kegemaran Ahmad yang bermula dengan huruf A. Idea ini Ummi dapat dari sini . Jom tengok gambar Ahmad dengan aktiviti ini. Ayam,arnab dan angsa(Ahmad kata itik tu) Dah makin pandai control gunting Hasilnya...frame tu dibuat oleh Ahmad juga....  Ummi perlu lebih gigih membahagikan masa untuk anak...Semoga Allah membantu kami sekeluarga.Amin.

Aktiviti menarik untuk anak yang baru mengenal huruf.

Bismillahirrahmanirrahim... Salam buat semua. Di sini saya nak kongsikan cara2 menarik untuk mengajar anak kecil yang baru nak mengenal huruf.Saya baca dari blog ni.. http://www.babycenter.com/0_fun-activities-for-pre-readers_64472.bc 1.Poster huruf. Contohnya anda nak mengenalkan kepada anak anda huruf A,jadi anda tulis hurf A pada satu kertas A4 sebaiknya,kemudian boleh cari dan potong gambar2(dari majalah lama,paper,@gambar yang anda kumpulkan ) yang bermula dengan huruf A dan biarkan anak gunting dan lekat.Menarik bukan???Begitu juga untuk guru2 yang nak mengajarkan huruf jawi Jom....saya pun nak cuba untuk Haseef

Ahmad buat aiskrim.

Image
Alhamdulillah...akhirnya Ahmad dan Kakak dapat buat aiskrim.Kalau masuk dapur,memang Ahmadlah pembantu Ummi yang paling baik.Tapi,untuk aiskrim ni tak dapat nak penuhi permintaannya yang nak ais krim teh.Pelik,kan? Ummi buat ais milo dan sarsi je.Kakak asyik nak jual kat kawan2....Kakak sedang belajar menjadi usahawan cilik. Ummi bancuh air...Ahmad tolong pegang plastik ais.Kakak tolong susun dalam peti ais. Dua jenis ais...milo n sarsi Tengok...Ahmad dah bersedia membantu. Buka plastik dulu... Xpandai buka...kena tiup plastik tu... Tuangkan air Tadaa......alhamdulillah....dah siap. Ahmad susun dalam mug... Boleh cuba bersama anak-anak...ringkas dan mudah...Paling penting,walaupun Ahmad anak lelaki,Ummi ingin mengajarnya membantu di dapur.Ringan tulang membantu isteri bila dah kawen nanti( cewah,,jauh angan2 Ummi..hehe )...Tapi,bab sepah rumah masih tak settle lagi... Selamat mencuba!