Posts

Showing posts from March, 2013

Berjalan dan mengambil pengajaran!

Image
Bismillahirrahmanirrahim.... Alhamdulillah,akhirnya cuti sekolah yang lalu kami bertiga dapat juga pulang ke kampung menaiki bas,walaupun rancangan awalnya nak naik keretapi. Mengapa saya naik bas walaupun saya boleh memandu kereta balik kampung?Tengoklah keletah anak-anak saya.Sungguh mereka seronok,kali terakhir kami naik bas Mac tahun 2011. Mari tengok wajah gembira mereka...perjalanan dari Alor Setar ke Butterworth.Dewasa rm9.90 dan kanak-kanak rm6.90. Peace! Kakak duduk seat sorang...sangat berani. Cakkk....duduk kat tempat letak kaki plak Posing....dia dan kakak yang tak tidur. Berdiri plak dah.... Korek ape dik?? Perjalanan yang menambah pengalaman... Sebenarnya,musafir ini untuk menguji tahap kematangan Ahmad...Rupanya,Ummi tak sedar yang anak Ummi dah membesar.Baik dan 4Bintang untuk Ahmad yang takde la berlari dalam bas( perkara yang paling ditakuti oleh Ummi). Cuma nak dekat sampai tu,ade la tukar tempat duduk dengan Kakak. Goo

Aktiviti Gunting dan tampal : Nuha vs Haseef

Image
Assalamualaikum Jom kita lihat apa Kakak dan Haseef buat? Tampalan Haseef Haseef buat bunga(comot,kan?)Tapi comel bagi Ummi ,sangat comel sebab adik mampu dah mengawal gunting dari meracik2 bunga tu..hehe Panduan disediakan... Tajuk Buku:saya dapatkan dari Aras Mega Online Tampalan Kakak..lebih kemas sbb kakak dah 7tahun. Kakak buat lori... Bunga Kakak pun cantik Aktiviti mmelukis pun ada Tampalan buah manggis

Jom main puzzle

Image
Assalamualaikum... Ini aktiviti pagi Ahad yang sangat seronok bersama Haseef.Puzzle ni dah berusia 5 tahun,dibeli semasa kakak berumur 2 tahun di Popular Alor Setar. Jadi,adalah beberapa keping yang hilang... Haseef memang minat sangat puzzle ni,jadi kalau dia main ni Ummi dan Kakak la yang jadi mangsa.Mesti tolong dia...huhu... Amat baik bagi mengisi masa anak-anak... Jom tengok Haseef main. Tema sayur-sayuran. Onion Khusyuknya dia... Dah siap satu...tp xcukup set bwg tu... Terung pun xcukup.... Haseef susah tidur kalau dia bermain.Kalau nak dia tidur senang je...bagi dia tengok tv@ipad...xsampai 5 minit tido la dia... Semoga mujahid Ummi membesar menjadi anak soleh..

Aktiviti PdP:Jom Buat Buku Cerita Bahasa Arab

Image
Buku cerita Bahasa Arab Assalamualaikum... JOm kita kreatifkan cara mengajar Bahasa Arab.Jemu juga kalau asyik guna kemahiran mendengar,membaca dan menulis.Kali ni kita gabungkan kesemua kemahiran. Biasanya aktiviti2 seperti ini saya buat bagi memantapkan lagi kemahiran anak murid saya,di samping menambah minat mereka mempelajari Bahasa Al-Quran. Lagi contoh Guru hanya perlu susah sikit je...sediakan gambar.Ini penting bagi memastikan tiada anak murid kita duduk saje( sbb dia xbawa gambar). And,infaqkan la riben bagi menarik minat murid.(utk binding buku) Mula2 gunting manila kad,menjadi 4keping.Lekat kan gambar.Ceritakanlah melalui gambar tersebut.Saya gunakan perkataan yang telah mereka pelajari. Hasilnya.............. Anak murid saya bersama hasil kerjanya. Jaurabun purple... Selamat Mencuba!

Nuha:Latihan membaca

Kakak sekarang dah Tahun 1.Maafkan Ummi sebab kadang-kadang rasa sibuk sangat kat tempat kerja sampai terabai anak sendiri. BUat ibu-ibu yang bekerja...janganlah sampai kita menjadi seperti "Kera di hutan disusukan,anak di rumah kelaparan.".. (tengah mood sedih sebab prestasi Iqra'anak yang tak berapa baik). Mengejar kerja yang tak habis-habis,keluar pagi balik petang.Sape yang kata cikgu banyak rehat ,angkat tangan!Sibuk sampai anak sendiri terabai tau...huhu! Saya bukan mengatakan anak murid saya kera ya...inilah indahnya bahasa.Orang yang tak reti bahasa memang susah nak faham. Semoga Kakak berjaya di dunia dan akhirat Sayang Kakak!!

Rindu

Image
Wan Said Rindu mak(tok yah dan maksu teh) Rindu ayah sangat2.... Sekarang Ummi,Kakak dan Ahmad  tengah buat countdown untuk balik kampung untuk cuiti sekolah.Dah jadi mak orang pun hati ni teringat-ingat mak dan ayah.Jangan sape-sape nak buat program sekolah masa cuti tau.I nak balik kampung terchenta di Padang Serai. Hajat di hati nak bawa anak-anak naik keretapi dari Arau ke Sungai Petani.Kalau jadi,ni lah kalli pertama Ahmad naik.Dulu,Nuha selalu Ummi bawa bersama naik keretapi,Ahmad pula Ummi xberapa confident...Lasaknya boleh tahan. Mak,ayah,awa(adik bongsu yg baju putih),muneq(baju pink adik ke-4),Pali(adik ipaq),Ket(adik ke-2baju putih).Gambar kenangan berkelah di Gertak Sanggul,Penang. Mak Uda yang kini di PASUM... Berada jauh dari ibu dan ayah.Hanya doa diutus agar kalian dilindungi Allah.

Haseef goreng cempedak!

Image
Chef menggodek tepung.Khusyuknya dia. Haseef anak yang rajin membantu Ummi di dapur.Kadang-kadang terlebih rajin.Biasalah anak-anak,memang berminat dengan kerja orang dewasa.Jadi saya pun bagilah peluang dia sikit. Petang-petang memang sedap makan cucuq cempedak.Cempedak ni mak mertua saya yang bagi dari kebun.Kalau di Perlis ni,harga cucur cempedak 4 ketul RM1.4ringgit pun Xcukup untuk kami sekeluarga. Mula-mula sediakan buahnya.Supaya getahnya tidak melekat pada pisau,elok disapu minyak masak pada pisau.Sementara itu,sediakan campuran tepung untuk menggoreng cucur. Chef kecil saya Maaflah gambaq cucurnya dah xsempat diambil.Sambil goreng terus makan. Makan panas-panas memanglah sedap.Alhamdulillah....

BBM Bahasa Arab Tahun 5-Bulan2 Islam

Image
Ini pula BBM yang diajar untuk Tahun 5-Bulan-bulan Islam.Kartunnya sama dengan Tahun 1(malas le tu). Bulan -bulan islam Boleh download (di sini)

Kad ABM:Hari-hari dalam Bahasa Arab

Image
Setiap tahun saya buat,tahun ni buat lagi untuk dilekatkan dalam kelas-kelas.Setiap hari dilihat oleh anak murid,lama-lama ingatlah mereka. Contoh : Hari Ahad. Boleh download dalam kertas satu A4 atau kecil pun boleh.Klik (di sini )

Resepi Ikan celup tepung

Image
Assalamualaikum wbt ..semoga semua ceria di pagi jumaat ni. Tajuk macam hebat,resepinya amatlah senang. Bahan yang diperlukan ialah: 1.ikan sebanyak yang anda ingin makan.Saya buat 3ekor je sbb saya ngn anak je nak makan. 2.Tepung beras 3.Tepung rangup,mcm tepung segera rfc,atau seumpamanya. 4.Kunyit n garam. Cara membuatnya. 1.Ikan disiangkan dulu. 2.Gaulkan bersama garam kunyit. 3.Bancuh tepung dan jangan terlalu pekat nti ikan tak rangup. 4.goreng sehingga garing.Siaaaap... Sebelum digoreng..perapkan selama 5 minit  Selepas digoreng.Nampak macam hangit,tapi nak bagi garing sikit tu  yang gelap.huhu... Selamat mencuba

Bahan Bantu Mengajar Bahasa Arab-Sobahul Khair

Image
Bahan ini dalam bentuk power point.Boleh juga diprintkan untuk dibuat kad imbasan. Contoh kad-sebesar A4. Boleh juga di print kecil-kecil. Saya belajar dari satu blog Pra sekolah(maaf nama blog tu saya xingat) nanti saya bagitau semula. Boleh download di  (sini)

RPT Bahasa Arab 2013

RPT Bahasa Arab ini saya dapatkan dari PPD Gombak .Bagi saya ,ianya mudah difahami untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian,maklumlah...tak berapa rajin nak buat sendiri.Kalau ada yang berminat bolehlah download dari sini satu-satu. 1.RPT BAHASA ARAB TAHUN 1-KSSR 2.RPT BAHASA ARAB TAHUN 2-KSSR 3.RPT BAHASA ARAB TAHUN 3-KSSR 4.RPT BAHASA ARAB TAHUN 4 5.RPT BAHASA ARAB TAHUN 5 6.RPT BAHASA ARAB TAHUN 6 KLIK SINI (SEMUA) Diharapkan dapat membantu sahabat semua.

Kad Iqra' untuk Adik Haseef

Image
Ahmad seorang anak yang cerdas.Celik mata je,ada ja projek dia akan buat tak berhenti2 sampaila dia tidur .So,cara mengajar adik pun mestilah kreatif sikit untuk menarik minatnya belajar. 1.Ahmad xboleh membaca sambil duduk depan iqra',kalo membaca mesti sambil jalan,sambil main-main. Kad ni adik susun jadi jalan kereta mainannya...huhu Kad disusun dari muka pintu. Setiap huruf saya kena letak gambar untuk tarik perhatiannya. Tengah jalan tu,dia letak botol air untuk minum jika dahaga. Nampak batu tu?Bila nak sebut huruf,adik suruh Ummi angkat  sebelum keretanya lalu... Adik vs Kakak......... "Ahmad.... Semoga menjadi anak yang soleh,penyejuk hati ummi,abi dan kakak."

Bahan Bantu Mengajar Bahasa Arab Tahun 1

Image
BBM Bahasa Arab Tahun 1 مَ مِ مُ. Saya sediakan dalam bentuk powerpoint.Perkataan dan gambar.   BBM Bahasa Arab Tajuk 1 Contoh BBM tersebut...yang berminat boleh download "Kita mudahkan urusan manusia,kelak Allah akan mudahkan urusan kita."

Download Buku Teks Bahasa Arab Tahun 6 2013

Image
Kulit depan Saya mencari buku ni sebab sekarang musim exam.So,senang untuk cut and paste gambar. Sahabat semua boleh download di link bawah: Buku Teks Bahasa Arab Tahun 6 Kegunaan 2013 Fail ni saya compress  dalam bentuk winrar..supaya tak berat. Bahan ni saya dapat dari web sifu Bahasa Arab Kedah , Us.Mohamad Syahmi Harun Allah mudahkan urusannya kerana banyak membantu orang lain.

Muat Turun Bahan j-QAF 2013

Sahabat-sahabat j-QAF negeri Perlis boleh download bahan j-Qaf 2013 di sini. 1.Enrolmen murid dan guru . 2. Instrumen pemantauan j-qaf 2013. 3.Instrumen pengurusan tasmik. 4.Borang Pencapaian Tasmik 2013 Sumber dari: ( SPI Perlis ) Banyak lagi bahan lain yang boleh didapati di situ.

Latihan Kakak NUha

Image
Hari isnin ni Kakak nak exam.Bukan exam macam sebelum2 ni,sekarang sistem pendidikan negara kita telah mengamalkan PBS,pentaksiran berasaskan kebolehan murid,takde lagi dah nombor2 dan A,B dan C. Ni latihan yang Ummi test untuk kakak... Latihan huruf besar dan huruf kecil Susun huruf Eh...ini ada kepala itik. Selamat berjaya buat anakanda Nuha.

Isu Lahat Datu,Sabah

Image
Kedudukan Lahat Datu(ehsan dari google) http://www.malaysiakini.com/news/223178 Semua orang sibuk  bercakap pasal Lahat Datu.Dari meja kopi hinggalah ke meja Perdana Menteri.Tapi ,saya bukanlah ingin mengulas apa2.Cuma ada pelbagai tafsiran yang di buat oleh kita.Ada yang kata: 1.Ini angkara pembangkang...bak kata kawan2 saya...Manc United kalah pun sebab depa. 2.Ada yang kata ini kesan pemberian IC yang berleluasa di sana. 3.Ini adalah kesan perjanjian sejarah Malaysia dan Sulu. 4.Ada yang kata,ini tanda-tanda nak pilihanraya...hehe... Banyak lagi kata-kata mereka.Kesimpulannya,ilmu manusia amatlah terbatas.Ilmu Allah Taala tidak ada batasannya. Berdoalah kita kepada Allah agar apa yang berlaku ini mendekatkan diri kita kepadanya. Amin Ya Rabb.